Pokok Kayu Jati (Part 1)
(Sila klik disini). Ada juga petani kaum Karen di Doi Chaang yang menanam kopi Robusta dan Kopi Arabica secara organik dengan pokok Jati. Dari segi materi tanaman secara konvensional dia boleh disediakan dengan menggunakan biji. Bagaimana pun untuk menerima biji benih dari pokok jati agak berkurangan dalam trend tertentu kerana tidak mencukupi untuk disemai. Biji pokok jati menjadi terhad disebabkan adanya lapisan luar biji yang keras. Beberapa alternatif lain telah dilakukan untuk mengatasi lapisan ini mirip merendam biji dalam air atau juga panaskan biji dengan api kecil atau pasir panas atau merendam dalam asid atau gunakan mikrob. Bagaimana pun kejayaan tersebut masih belum optima lagi untuk anak benih pokok jati dalam masa yang cepat dan jumlah yang banyak.
Selain itu masaalah menyediakan anak benih pokok jati juga agak sukar. Ini kerana selalunya anakbenih jati yang sedang disemai gampang diserang (rentan) terhadap beberapa penyakit antara lain seperti Penyakit Leaf Spot Disease yang mana serangan ini disebabkan oleh Kulat seperti jenis Phomopsis sp., Colletotrichum gloeosporioides, Alternaria sp. dan Curvularia sp.. Penyakit lain menyerang yaitu Penyakit Karat Daun (Leaf Rust) yang disebabkan oleh kulat Olivea tectonea. Seterusnya ialah serangan pleh Penyakit Kulapuk Berdebu atau Powdery mildew yang disebabkan oleh kulat dari jenis Uncinula tectonae. Dalam pada itu direkodkan iaitu kulay jenis Phomopsis sp. merupakan kulat paling sering menyebabkan serangan dimana kadang kala sehingga sebanyak 95% anakbenih terkena jerawat seperti dilaporkan pada tahun 1993-1994 menjadikan industri ini lumpuh dibeberapa negara. Serangan kulat ini terjadi pada anak benih jati dalam semaian yang berumur 2-8 bulan. Antara tanda serangan ialah adanya tanda necrosis berwarna coklat muda pada tepi lai daun yang kemudian secara berperingkat terus menyebar ke pelepah. Seterusnya kesan serangan menyebar ke bahagian atas daun, petiol dan juga hujung batang yang menjadikan bahagian daun dari batang tersebut mengalami kekeringan. Jika tidak disedari dan tidak dikawal makaserangan dari kulat Phomopsis sp. akan menyebar hingga ke seluruh simpanan anakbenih dalam tapak semaian sehingga proses penanaman jati dihentikan dilakukan. Proses penanaman dan penjagaan pokok kayu jati sama dengan amalan agronomi pokok hutan lain dimana beliau perlu dibaja, kawal rumpai dan kawalan musuh dan penyakit tetapi masa untuk menuai yaitu lama. Artikel ini bersambung pada Part 2 dan Part 3. Wasallam!!..
POKOK JATI... POPULAR NAMANYA...
NEGARA MYANMAR...ASASL USULNYA...
DILEBUHRAYA PLUS...BANYAKNYA...
PERABUT JATI... MAHAL HARGANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(7 Syawal 1437H)
0 Response to "Pokok Kayu Jati (Part 1)"
Post a Comment